FASAL 4

KEAHLIAN
1 Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
(a) Ahli Biasai
(i) Kewarganegaraan : Malaysia
(ii) Umur Minima : 18 tahun
(iii) Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Kelantan
(iv) Keturunan/Bangsa : Semua
(v) Jantina : Semua
(vi) Agama : Semua
(vii) Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
(b) Ahli BersekutuTerbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa
(c)

Ahli Kehormat Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran

(d)

Ahli Remaja terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.