FASAL 11

JURUAUDIT
1 Seorang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama satu tahun boleh dilantik semula.
2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.